Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Ya Rabb. Kami tidak melihat
sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti."
Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil
menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian,
maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu."
Sahabat-sahabatku. Mudah-
mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di
syurga dan redha-Nya.
ﺁﻣِﻴّﻦْ. ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦْ
Ya Allah. Aku Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku
untuk tunduk patuh dan taat
kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.
WAHAI SAHABATKU. JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA
AKU TIADA DI SYURGA BERSAMA SAMAMU....
Jazakumullah Khairan Kathira
No comments:
Post a Comment